Siang tadi gua pergi isi minyak motor kat stesyen minyak Shell. Dah sampai Shell gua terus park sebelah pam minyak no 17.
Dah park motor gua buka seat motor dan penutup tank. Terus gua ambil pemengang minyak warna hijau. Warna hijau laju sedikit, warna kuning tak laju.
Lepas tu gua terus masuk ke dalam tank minyak motor gua. Gua tekan-tekan minyak tak nak keluar. Gua dah pelik. Gua tekan lagi tapi minyak tak nak keluar juga.
Gua tengook abang kat kaunter dah usha-usha gua slack. Gua ada buat salah ke. Gua rasa gua tak pernah mengorat awek dia.
Tiba-tiba gua teringat sesuatu, cis gua terlupa bayar rupanya. Patutlah minyak tak nak keluar. Ceh.
Gua ingat tu stesyen minyak ayah gua, isi minyak tak payah bayar.
Dengan pantas gua membuat bayaran dan belah secepat mungkin dari situ.
Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 30, 2009
Sayonara 2009
Esok hari terakhir bagi tahun 2009. Tahun depan umur gua baru nak masuk 18 tahun. Semoga tahun 2010 menjadi tahun lebih baik untuk gua.
Azam gua tahun 2010 nak kurangkan mengumpat.

Tuesday, December 29, 2009
Lumrah hidup
Tengah hari tadi lepas habis kerja, gua duduk mengumpat dengan kawan gua untuk menghilangkan penat. Tengah kami rancak mengumpat, ada satu motor Superbike lalu.
VROOOMM! VROOOOOMMM! Shiuuuuuu.
"Peh! Memang style la Superbike tu. Kalau dapat best tu. Baru la macam Rossi."
Selang 15 minit selepas itu ada mat rempit bawa RXZ lalu pula.
PREET! PREEEETTTT! PREEEEEETTTTTT!
"Pukimak, memekak betul la mat rempit ni. Eksiden la kau kat depan sana."

Monday, December 28, 2009
Lenggeng kat Negeri Sembilan ye bukan Perak III
Assalamualaikum.
Pukul 2 pagi baru gua masuk tidur, tapi nak kena bangun pukul 3.30 pagi sebab ada qiamullail tapi gua bangun pukul 4 la. Faci takpe bangun lambat Memang gua tak tidur lena malam jumaat tu. Kenapa?
Sebab gua tidur dengan 4 orang budak nakal yang gua cerita tu. Empat-empat tidur mengigau. Yang sorang ni mengigau otromen agaknya tiba-tiba menjerit angkat satu tangan. Yang sorang ni, tidur bercakap siap sebut nama gua tu. Yang sorang lagi tidur berdengkur macam menangis, seram juga gua dengar. Yang lagi sorang ni lain macam, ganas betul. Mengigau siap bangun, lepas tu habis semua budak dia peluk.
Gua bangun je dari tidur, baik punya dia peluk gua. Dah la debab. Nasib baik gua tak kelemasan.
Pukul 4 pagi tu ada qiamulail. Ada buat sembahyan tahajud, sembayang taubat dengan sembahyang witir. Lepas tu ada program muhasabah diri. Program muhasabah diri ni la yang buat budak-budak ni sedar. Menyedarkan mereka tentang kepentingan solat dan kesilapan-kesilapan lepas. Bila masuk part ibu, budak-budak semua dah mula menangis. Jadi gua sebagai faci kena lah menenangkan budak-budak ni. Gua touching juga, tapi gua kena la kontrol macho.
Bila dah habis semua, semua budak-budak diminta salam semua faci. Masa ni gua tersentuh juga sebab ada yang siap peluk gua. Touching beb. Gua ni mudah tersentuh.
Lepas sembahyang subuh, ada program bersenam. Gua jadi kepala bawa budak-budak ni bersenam. Gua bawa budak-budak ni berjoging. Semangat budak-budak ni. Gua pula yang penat, diaorang selambek mintak tambah pusingan.
Lepas dah bersenam dan sarapan, macam biasa buat kali terakhir budak-budak ni dilepaskan untuk mandi air terjun. Lagi sekali pening nak jaga budak-budak ni. Ikut suka diaorang je nak pergi sana-sini. Gua pula yang risau takut hilang.
Penutup program kem ibadah di akhiri dengan persembahan nyanyian oleh setiap kumpulan. Paling best persembahan oleh faci-faci. Nak tahu kami buat apa? Kami menari poco-poco la. Haha. Lawak betul.
Bila semua dah selesai, gua rasa rindu pula nak tinggalkan hutan lipur lenggeng ni. Rasa macam nak duduk lagi lama kat hutan lipur ni. Haih.
Walaupun penat, tapi rasa macam berbaloi. Gua jadi faci ni memang tak dapat apa-apa duit upah. Sebab tu semua kerja yang gua buat selama 3 hari ni rasa berbaloi dan seronok. Banyak benda yang gua belajar.
Lepas ni InsyaAllah mungkin kami merancang untuk buat program kem ibadah di Janda Baik pula. Kali ni kami mungkin ambil lebih ramai peserta. Gua tak sabar nak pergi lagi.

Lenggeng kat Negeri Sembilan ye bukan Perak II
Assalamualaikum.
Ok gua nak sambung bercerita tentang pengalaman gua menjadi faci di kem ibadah. Pertama sekali gua nak cakap, kem ibadah ni banyak mengajar gua tentang kehidupan sebenar. Banyak yang gua belajar.
Sambung balik cerita tentang kem ibadah. Haa, hari khamis kan gua kena pergi interview kerja. Jadi gua sampai ke kem dalam pukul 5 petang macam tu. Bila sampai, gua rasa gembira je sebab seronok tengok budak-budak tu. Walaupun budak-budak tu nakal nauzubillah, tapi adakala mereka tu pandai ambil hati gua. Yelah budak-budak kan, bodek ada makna tu.
Haa kan gua ada cerita tentang seorang budak comel masa kat kem ibadah, gua baru perasan budak comel tu minat warna pink. Tak kira la baju, seluar atau tudung mesti ada warna pink. Kalau seluar warna kelabu, line tepi seluar dia mesti kaler pink. Terus budak comel tu dapat gelaran pinky.
Macam yang gua cakap sebelum ni khamis malam ada aktiviti sesi burung hantu, jadi sebelum aktiviti ini dijalankan, kami bagi budak-budak tu satu aktiviti permainan supaya mereka leka berseronok. Bagi diaorang gelak-gelak dulu.
Aktiviti burung hantu ni bukan untuk suka-suka. Tujuan dia untuk menguji keimanan budak-budak, adakah mereka takut kepada Allah ataupun syaitan.
Sementara diaorang berseronok, faci-faci semua susun plan dan tempat. Gua diletakkan di air terjun untuk memantau keselamatan budak-budak tu. Gua agak goyang juga bila gua kena duduk seorang-seorang di sebalik pokok untuk menyorok. Tapi gua takkan nak tunjuk gua goyang, gua faci maa mesti tunjuk berani.
Angin malam tu lain macam, kuat semacam je. Sunyi satu hal, ada pula bunyi-bunyi pelik. Tapi mungkin perasaan gua sahaja. Gua hanya mampu berdoa agar aktiviti ini berjalan lancar. Yelah, kita kat 'tempat orang'. Benda 'tak nyata' tu memang ada.
Masa aktiviti sesi burung hantu banyak benda kelakar berlaku. Ada yang berani, ada yang takut.
Budak-budak ni akan dilepaskan seorang demi seorang dan akan melalui jalan-jalan yang sudah ditetapkan kan. Sampai di satu tempat nanti akan ada faci kutip mereka. Masa itu, mereka akan diikat mata dengan menggunakan kain hitam dan sebelum diletakkan di dalam hutan berseorangan.
Sebelum tu, kami dah siap-siap bakar bakar kapur barus dan kemenyan nak bagi bau sedikit.
Bila semua budak-budak tu dah diikat mata dan diletakkan di serata tempat di dalam hutan dan di air terjun, kami yang faci-faci ni akan mengacau budak-budak ni.
Ada yang bila dikacau, makin kuat dia berzikir. Ada yang melawan, "Siapa kau! jangan kacau aku! Guru aku suruh aku duduk disini. Belah!". Masa ni gua dah nak tergelak gila tapi gua kena kontrol. Nanti kantoi la.
Ada seorang budak ni lagi gua tak boleh tahan, budak ni la yang nakal asyik kenakan gua. Ni la masa gua nak kenakan balik. Masa tu dia tengah baca surah Al-Fatihah, gua buat-buat lah batu sebelah dia. Terus dia berhenti baca Al-fatihah setengah jalan, terus baca surah An-nas pula. Gua tak tahan, gua kacau lagi. Gua tiup pula telinga dia. Terus dia macam berhenti baca surah An-nas, ulang balik baca surah An-nas. Sumpah gua tak tahan nak gelak. Dia punya takut, sampai semua surah dia baca lancar. Selalunya suruh baca tak hafal.
Banyak lagi benda kelakar malam tu, tapi banyak sangat. Gua tak boleh nak cerita dengan karangan. Ada yang meloncat kena sergah. Ada yang nak lari. Gua risau juga sebab gua jaga kawasan air terjun, gua takut budak-budak ni melompat masuk air terjun je.
Hehe macam-macam perangai budak-budak ni. Tapi ada 3 orang budak gagal malam tu. 2 orang budak belum turun lagi dah menangis. Lagi seorang ni lelaki badan besar, muka dah ganas tapi penakut. Baru ikat mata dah menangis tak nak buat.
Habis cerita hari khamis. Sambung pula cerita hari jumaat di entri seterusnya.

Thursday, December 24, 2009
Lenggeng kat Negeri Sembilan ye bukan Perak
Assalamualaikum.
Eceh tak pernah-pernah bagi salam kat blog, tiba-tiba bagi salam. Sebenarnya gua tengah mengikuti satu program kem ibadah di Hutan Lipur Lenggeng. Hanya 45 minit dari Bandar Baru Bangi ke Hutan Lipur lenggeng.
Gua bukan mengikuti la, gua sebenarnya menjadi Faci untuk budak-budak yang mengikuti kem ibadah ni. Kem ni bermula hari ini iaitu hari Rabu sehingga hari Jumaat.
Kali ni tiada gambar, gua saje nak bercerita pasal budak-budak ni. Yelah ni kali pertama gua jadi Faci untuk menjaga budak-budak.
Sepatutnya gua kena tidur sana, tetapi esok gua ada interview kerja. Jadi gua terpaksa pulang selepas semua aktiviti malam selesai. Bayangkan gua merempit berseorangan melalui kawasan hutan dan kampung yang sunyi dan langsung tiada lampu jalan pada pukul 11 malam? Ini serius gua tak tipu.
Hanya tuhan je tahu bagaimana perasaan gua masa tu. Yang penting, benda pelik jangan tegur. Alhamdulillah gua selamat sampai rumah.
Haa, gua nak cerita pasal budak-budak di kem ibadah ni. Perangai tak ingat nakalnya, pening kepala gua menjaga mereka ni. Ikutkan hati nak je gua sembelih seorang-seorang.
Petang tu gua kena jaga mereka mandi air terjun, ada empat budak ni memang gua aim je. Perangai nauzubillah. Sampai gua pon kena hasut ikut mereka konon nak cari air terjun tersembunyi. Tapi jumpa empangan air yang ceteknya paras buku lali. Cis.
Tapi ada satu budak perempuan ni gua suka tengok. Dia pendiam. Gua suka tengok sebab dia comel je. Dah la kemetot, pakai tudung ala-ala tudung indonesia ada tali ikat belakang. Bulat je muka. Bila time aktiviti semua arahan dia ikut. Senang gua nak jaga.
Hehe. Walaupun bengang dan penat dengan kerenah mereka semua, tapi bila ingat balik kelakar pula.
Esok lepas interview gua terus merempit balik ke Hutan Lipur Lenggeng untuk menyambung tugas gua.
Esok malam jumaat, malam kemuncak. Ada aktiviti burung hantu. Gua di tugaskan untuk menjadi pengacau atau hantu. Siap lah korang semua esok malam. Wuu wuuu.
Ok gua sambung lagi cerita pasal budak-budak ni jumaat nanti. So long and good night.

Monday, December 21, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)